4 Cara kenali pelanggan di Facebook Ads

 

Seperti yang kita tahu, kita boleh memilih siapa yang akan menonton iklan kita apabila kita mula run kempen pengiklanan di Facebook Ads.

Maksudnya, iklan kita hanya akan tertera kepada pengguna Facebook yang kita pilih sahaja.

Antara ciri–ciri pengguna Facebook yang kita boleh pilih adalah:

1) Lokasi – kita boleh pilih bandar, negeri atau negara.

2) Demographic – Umur, jantina , bahasa dan status hubungan.

3) Like dan Interest – Perkara yang diminati pengguna Facebook.

4) Tahap pelajaran dan tempat kerja – Tahap pelajaran seperti universiti, kolej dan sebagainya. Tempat kerja seperti kilang industri.

==
4 Contoh – Bagaimana mahu mengenali pelanggan dengan lebih rapat
==

Contoh cara-cara untuk mengenali pelanggan dengan lebih detail lagi adalah..

1) Lokasi – Untuk memilih lokasi, kita pilih pengguna Facebook yang berada dekat dengan lokasi kita.

Katakan kita ingin iklankan kedai makan, kita pilih pengguna Facebook yang tinggal dekat dengan kita.

Maksudnya di sini adalah kita memilih lokasi pengguna Facebook yang berpotensi untuk minat apa yang kita tawarkan kepada mereka.

2) Demographic – Konsepnya tetap sama.

Iaitu memilih ciri–ciri pengguna Facebook yang berpotensi untuk minat dengan apa yang iklan kita tawarkan kepada mereka.

Jadi, pilih umur, jantina, bahasa dan status hubungan yang tepat.

Jika iklan kita di dalam Bahasa Melayu, pilih Bahasa Melayu.

Kami lihat ramai pengguna Facebook Ads mengiklankan iklan mereka dalam Bahasa Cina tetapi mereka tetap target kepada pengguna Facebook yang berbahasa Melayu.

Tindakan ini akan merugikan mereka kerana logiknya pengguna Bahasa Melayu tidak faham dengan Bahasa Cina.

3) Like dan Interest – Untuk memilih Like dan Interest, kita perlu berfikir dengan lebih jauh.

Contohnya, target bagi iklan kita adalah remaja lelaki yang berumur dari 20 hingga 25 tahun yang berminat dengan bola sepak.

Jadi, kita masukkan Euro 2012 dan EPL di bahagian Like dan Interest.

Kita perlu ambil tahu apa yang prospek kita minat.

4) Tahap pelajaran tempat kerja – Jika target iklan kita ada kaitan dengan tahap pelajaran, pilih tahap pelajaran yang sesuai.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *