5 Strategi PROVEN Bisnes Affiliate

5 Strategi PROVEN Bisnes Affiliate

Dalam artikel ni, Saya nak kongsikan 5 Strategi PROVEN Bisnes Affiliate.

“Susah la buat bisnes affiliate ni… Aku dah buat macam-macam… Promote dekat fb, ‘spam’ dekat group-group whatsapp, siap pm semua friend fb sorang-sorang lagi… Tapi sales takde. Kalau ada pun, lekat satu dua je. Tak padan dengan letih..”

Haa… Pernah dengar keluhan macam ni? Ni adalah keluhan yang biasa keluar dari mulut orang yang baru start bisnes affiliate.

Sebenarnya, affiliate ni mudah je kalau tahu teknik dan strategi yang betul. Banyak strategi yang boleh digunapakai. Tapi tak semua strategi boleh digunakan setiap masa.

Contohnya, Mungkin strategi A sesuai digunakan untuk promosikan produk X, tapi tak sesuai untuk produk Y. Nak promosikan produk Y, kena guna strategi B. Begitulah sebaliknya.

Di sini, saya buat senarai pendek 5 Strategi “PROVEN” Bisnes Affiliate.

 

5 Strategi PROVEN Bisnes Affiliate

 

Strategi 1 : Gunakan Media Social

Semua orang ada Facebook. Daripada muda remaja sampai ke tua semua ada akaun Facebook.

Bahkan, kalau tanya budak sekolah rendah pun saya rasa ada akaun Facebook. Kalau tak pun mesti ada akaun Instagram atau Wechat.

Jadi, manfaatkanlah crowd yang ada ni untuk tarik trafik.

Manfaatkan semua media social seperti Facebook, Twitter, Instagram untuk mempromosikan link affiliate. Tak kisah la anda guna cara percuma ataupun berbayar seperti fb ads.

Strategi 2 : Email Marketing

Ini rahsia yang bukan lagi rahsia. Ramai otai-otai guna email marketing untuk promosikan produk affiliate. Tapi masih ramai agen affiliate yang tak gunakan email marketing.

Sebab tu kalau anda perasan tiap kali ada cabaran affiliate, muka sama je yang menang cabaran.

Jadi kalau anda belum mula kumpul subscriber, mulakan sekarang!

Strategi 3 : Blogging

Teknik ni old-school tapi tak lapuk ditelan zaman. Masih ramai blogger yang aktif mempromosikan produk affiliate di blog mereka.

Mereka hanya perlu kongsikan info yang bermanfaat di blog dan letakkan link di dalam artikel tersebut.

Ditambah dengan kemahiran SEO, mereka mampu menjana pendapatan pasif setiap bulan.

Cuba bayangkan jika anda nak mencari informasi tentang sesuatu untuk menyelesaikan masalah anda. Apa yang anda buat? (selain daripada tanya pakar)

Mestilah tanya Encik Google!

Sebab Google akan bantu semua pengguna dia untuk dapatkan informasi terbaik yang ada pada semua website dari seluruh dunia.

Blog yang mengandungi content yang terbaik akan muncul di muka hadapan Google.

So, blog yang dapat banyak trafik lebih mudah untuk buat sales.

Strategi 4 : Review Produk

Pelanggan takut untuk membeli!

Mereka takut masalah mereka masih tak dapat diselesaikan walaupun dah beli produk yang anda promosikan.

Jadi, tugas anda sebagai agen affiliate untuk meyakinkan mereka produk tersebut dapat menyelesaikan masalah mereka.

Ada 2 cara yang biasa digunakan untuk review produk :

  1. Tulis review di blog post
  2. Rakam video dan berikan review

Review di blog anda boleh tulis review dan letakkan link affiliate pada akhir artikel.

Baca juga: 13 Langkah Menjual Produk Affiliate dengan Teknik Product Review 

Untuk video review pula, anda boleh upload di YouTube dan letakkan link affiliate di ruangan description.

Strategi 5 : Tribe marketing

Ni cara favorite saya. Sebab apa? Sebab cara ni paling murah dan efektif untuk dipraktikkan.

Saya hanya perlu kumpul orang yang berminat dalam satu group khas, kemudian promote produk affiliate dalam tu je.

So, saya dapat ramai prospek yang targeted dan berkualiti. Tak perlulah saya sebar link affiliate ke merata tempat.

 

Nak belajar lebih lanjut cara guna tribe marketing dalam affiliate?

Saya ada tulis 1 ebook yang bernama ZeroAffiliate. Dalam ebook tu, saya terangkan step-by-step cara saya buat affiliate guna tribe marketing.

E-cover ZeroAffiliate

Masukkan Nama & Email untuk Download Ebook Ni Secara PERCUMA!



Saya berharap 5 Strategi PROVEN Bisnes Affiliate ni membantu anda untuk meningkatkan jualan affiliate anda.

4 thoughts on “5 Strategi PROVEN Bisnes Affiliate”

  1. semua teknik ni saya dah cuba.. memang berkesan & dapat hasil jualan.. tapi yang paling saya suka ialah teknik email marketing.. yang jarang buat teknik review.. huhu

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *